^Back To Top

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5


SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG

BAHAGIAN KESELAMATAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM, PERAK

BAHAGIAN KESELAMATAN UPSI

Get Adobe Flash player

 

Pengenalan

Unit Keselamatan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada Januari 1998 apabila Institut Pendidikan sultan Idris (IPSI) di naik taraf kepada ‘Universiti’.  Tujuan utama penubuhan Unit Keselamatan adalah menjaga keselamatan pelajar dan kakitangan universiti, menjaga harta benda universiti dan memastikan keamanan universiti berada dalam keadaan terkawal.

Unit Keselamatan mengambil tanggungjawab sepenuhnya pada  Ogos 1998.  Kawalan keselamatan dipertanggungjawabkan kepada pentadbiran UPSI dan IPSI dengan kekuatan seorang Pembantu Keselamatan (KP8), lima orang Pengawal Keselamatan UPSI (KP10), dan empat orang jaga IPSI (R11).

Unit ini dikuatkan dengan penambahan kakitangan di peringkat Pegawai.  Pada Mac 2001, unit ini menerima seorang Penolong Pegawai Keselamatan (KP27) dimana ianya memegang tanggungjawab sepenuhnya untuk mentadbir unit.  Bagi melicinkan lagi operasi unit, unit ini menerima seorang Pegawai Keselamatan (KP41) dan Pembantu Keselamatan (KP17) pada April 2003.

Pada tahun Disember 2004, unit ini menerima seorang lagi Penolong Pegawai Keselamatan (KP27), dimana beliau ditugaskan untuk menjaga kawalan lalulintas dan trafik di universiti.  Pada Februari 2007 unit ini menerima seorang lagi Pembantu Keselamatan (KP17) bagi tujuan pengawasan ketat di universiti dan melicinkan operasi unit dan pada September 2007, unit ini menerima seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) bagi melancarkan lagi unit pentadbiran.

Pengawal Keselamatan (KP14 dan KP11) unit bertambah seiring dengan keperluan dan kepesatan pembangunan universiti dan penambahan jumlah kakitangan dan pelajar yang semakin bertambah dimana memerlukan kawalan keselamatan yang lebih terjamin. Pada 02 Jun 2008, Unit Keselamatan telah menerima kemasukan seorang Pegawai Keselamatan KP44 yang baru sebagai Ketua Unit Keselamatan bagi menerajui Unit ini.

Bermula 01 Mac 2012, Unit Keselamatan dinaiktaraf kepada Bahagian Keselamatan. Ianya seiring dengan penambahan beberapa Fakulti di UPSI dan penambahan keanggotaan Pengawal Keselamatan yang mula bertugas disini. Seiring dengan perubahan-perubahan semasa pakaian beruniform unit ini berubah mengikut kesesuaian semasa dan bagi melambangkan anggota unit yang berpakaian kemas dan segak.  Berikut adalah rentetan sejarah unit:

1998 – 1999                               -           Warna Hijau Tua

2000 – 2001                              -           Warna Kelabu

2002 sehingga sekarang               -           Warna Biru Tua

11350555 900197453371906 8018221325307291880 n

 

HOTLINE BKES

hotline

Terjemahan Google