^Back To Top

foto1 foto2 foto3 foto4 foto5


SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG

BAHAGIAN KESELAMATAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM, PERAK

BAHAGIAN KESELAMATAN UPSI

Get Adobe Flash player

 

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 26 Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris [P.U.(A) 265/1999], Naib Canselor membuat Peraturan berikut:

 

NAMA, MULA BERKUATKUASA DAN PEMAKAIAN

 

1.    (1)Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Etika Berpakaian Dan Sahsiah Rupadiri Pelajar) 2014 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Naib Canselor.

       (2)Peraturan-peraturan ini hendaklah terpakai kepada semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.

 

 

DEFINISI

 

 2.     Dalam peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

           

           “kampus” ertinya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris, termasuklah-

     

                        a.   Kampus cawangan;

                        b.   Kampus sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(1) Akta Unversiti dan Kolej Universiti 1971; dan

                        c.   Kawasan bersekali dengan segala bangunan atau struktur lain di atasnya, yang dipunyai atau digunakan, sama ada untuk selama-lamanya atau selainnya oleh Universiti;

 

“Naib Canselor” ertinya Naib Canselor Universiti, dan termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib       
             Canselor untuk bertindak bagi pihaknya;

 

“orang yang diberi kuasa” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk bertindak bagi
              pihak Universiti;

 

    “pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar, selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu dengan Universiti, yang mengikuti kursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan, praijazah, lepasan ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dari Universiti dan termasuklah pembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran dan pelajar tidak berijazah;

 

PERATURAN AM

 

3.         (1)        Semua pelajar hendaklah pada setiap masa dan ketika, mematuhi peraturan- peraturan dan arahan-arahan Universiti dan tidak   bertindak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan-peraturan dan arahan-arahan tersebut.

 

(2)        Semua pelajar Muslim tidak boleh bertindak atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan dan hukum Islam, atau mengabaikan tanggungjawab Islam yang diwajibkan ke atas mereka sama ada ketika bersendirian atau di tempat awam, di dalam atau di luar kampus.

 

(3)        Semua pelajar termasuk pelajar bukan Islam dan pelajar antarabangsa hendaklah sentiasa mematuhi peraturan Universiti yang dibuat dari semasa ke semasa dan bertindak sesuai dengan sahsiah diri sebagai pelajar Universiti, sama ada ketika bersendirian atau di tempat awam, di dalam atau di luar kampus.

 

PERATURAN BERPAKAIAN DI DALAM KAMPUS, SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR ATAU INDUSTRI DAN MENGHADIRI MAJLIS ATAU URUSAN RASMI UNIVERSITI

 

4. (1)        Semasa berada di dalam kampus, semua pelajar hendaklah sentiasa –

              (a)      berpakaian kemas, sopan dan tidak melanggar peraturan Universiti; dan

              (b)      mempamerkan kad pelajar, kecuali ketika menjalankan kegiatan sukan dan 
                        kokurikulum.

(2)        Pelajar lelaki adalah dibenarkan tidak memakai tali leher ketika berada dalam  kawasan kampus, kecuali diwajibkan oleh pensyarah masing-masing bagi sebarang  tujuan pengajaran dan pembelajaran.

 

(3)        Semua pelajar dilarang memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu yang boleh mengakibatkan ketidakhormanian atau ketenteraman Universiti terganggu.

 

(4)        Semua pelajar dilarang mempamerkan sebarang unsur yang pada pandangan  Naib Canselor atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Naib Canselor adalah bertentangan dengan moral yang baik atau mengandungi rela bentuk, perkataan atau frasa yang tidak diingini dari segi nilai atau norma.

 

5.         Semasa menjalani latihan mengajar atau industry dan menghadiri majlis rasmi atau urusan rasmi Universiti –

         (a)        pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan mengikut etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah, industry atau penganjur dan tidak melanggar peraturan Universiti; dan

            (b)        pemakaian jeans adalah tidak dibenarkan.

 

6.         Semasa menghadiri makmal, aktiviti sukan, aktiviti kebudayaan, aktiviti beruniform atau aktiviti pelajar –

(a)        pelajar hendaklah mematuhi etika pakaian dan peraturan yang ditetapkan dalam aktiviti tersebut;

(b)        seluar pendek dan baju tanpa lengan hana dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti sukan dan sekitar gelanggang sukan sahaja; dan

(c)        pakaian renang hanya dibenarkan dipakai semasa melakukan aktiviti renang dan ketika berada di dalam kawasan kolam renang sahaja.

 

7.         Fakulti boleh memberi kelonggaran kepada pelajar-pelajar daripada Fakulti berkenaan sahaja untuk berpakaian seperti berikut bagi hari-hari tertentu –

(a)        T-Shirt berkolar semasa kuliah seni dan muzik, aktiviti amali, studio, bengkel dan persembahan; dan

(b)        T-Shirt berkolar dan track bottom untuk aktiviti fizikal, dan termasuk aktiviti bukan fizikal khusus bagi Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.

 

 

PAKAIAN KHUSUS UNTUK PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

 

8.         (1)        Semua pelajar lelaki –

              (a)      hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan sebagai mahasiswa Universiti; dan

              (b)      dilarang mengenakan pakaian dan berpenampilan seperti berikut –

              (i)         memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu;

              (ii)        memakai pakaian atau perhiasan diri yang menampakkan kekeliruan jantina;

                        (iii)       berseluar ketat;

                             (iv)       memakai seluar jeans, seluar pendek atau T-shirt ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah;

                             (v)        berambut panjang (sehingga mencecah kolar baju, menutup telinga dan mencecah kening), berekor, berwarna dan berfesyen rambut yang  tidak kemas;

                        (vi)       berseluar pendek; dan

                        (vii)      memakai selipar ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah.

 

(2)        Semua pelajar perempuan –

              (a)      hendaklah berpakaian yang sesuai dan sopan sebagai mahasiswa Universiti dan

              (b)      dilarang mengenakan pakaian dan berpenampilan seperti berikut –

               (i)         memakai pakaian atau aksesori yang melambangkan sebarang pertubuhan atau kumpulan tertentu;

              (ii)        memakai pakaian atau perhiasan diri yang menampakkan kekeliruan jantina;

                        (iii)       berseluar ketat;

                             (iv)       memakai seluar jeans, seluar pendek atau T-shirt ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah;

                             (v)        berambut panjang (sehingga mencecah kolar baju, menutup telinga dan mencecah kening), berekor, berwarna dan  berfesyen rambut yang tidak kemas;

                        (vi)       berseluar pendek; dan

                        (vii)      memakai selipar ketika berurusan di pejabat dan menghadiri kuliah.

 

(3)        Seseorang pelajar adalah dilarang memakai purdah di dalam kampus, termasuklah ketika menghadiri majlis rasmi anjuran Universiti atau mana-mana pihak yang diluluskan oleh Universiti di dalam atau di luar kampus kecuali sebagaimana yang diluluskan secara bertulis oleh Naib Canselor.

 

PENGUATKUASAAN

9.         (1)        Pihak penguatkuasan kepada peraturan ini adalah –

              (a)      kakitangan akademik yang boleh –

          (i)         menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan

          (ii)        menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki kelas atau kuliah;

     

         (b)      pengetua kolej, felo asrama dan pegawai-pegawai hal ehwal pelajar yang boleh –

          (i)         menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada peljar berkenaan dengan peraturan ini; dan

          (ii)        mengambil tindakan yang perlu dan munasabah selaras dengan peraturan ini;

           

               (c)      kakitangan perpustakaan dan pentadbiran yang boleh –

           (i)         membuat teguran secara terus kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan

          (ii)        menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki mana-mana ruang dalam kampus atau menggunakan kemudahan Universiti.

           

               (d)     penasihat pertubuhan pelajar dan penasihat atau mentor pelajar yang boleh –

          (i)         menasihati, memberi amaran atau kaunseling kepada pelajar berkenaan dengan peraturan ini; dan

          (ii)        menghalang mana-mana pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini daripada memasuki mana-mana ruang dalam kampus atau menggunakan kemudahan Universiti.

           

               (e)      pengawal keselamatan yang boleh –

           (i)         mengambil tindakan awal degan menghalang daripada memasuki atau meninggalkan kawasan kampus dan menyoal selidik pelajar yang didapati melanggar peraturan tersebut; dan

           (ii)        melaporkan kepada mana-mana pegawai hal ehwal pelajar bahawa satu melanggar peraturan ini disyaki telah berlaku.

 

(2)        Mana-mana pelajar yang didapati telah berkelakuan yang melanggar peraturan ini boleh –

        (a)      diberi amaran bertulis dan direkodkan ke dalam fail pelajar dan pangkalan data bagi pengesanan kesalahan berulang; atau

        (b)      dikenakan denda maksimum RM 50 dengan diberikan notis dendaan untuk
setiap kesalahan.

 

PENGECUALIAN

10.       Tatacara berpakaian selain daripada yang dinyatakan di dalam peraturan ini hendaklah mendapat kebenaran khas daripada Naib Canselor.

 

Bertarikh pada 4 haribulan November 2014

Profesor Dato’ Dr. Zakaria Bin Kasa

                                                                                               Naib Canselor

Universiti Pendidikan Sultan Idris

 

 

HOTLINE BKES

hotline

Terjemahan Google