Perkhidmatan Papan Tanda Arah
Bahagian Keselamatan menyediakan perkhidmatan papan tanda penunjuk arah untuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak UPSI. Staf dan pelajar UPSI boleh membuat permohonan dengan menghantar memo atau surat rasmi dan dikemukakan ke Bahagian Keselamatan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh aktiviti bermula. Sekiranya aktiviti melibatkan pelajar, memo tersebut hendaklah dikepilkan bersama-sama surat kelulusan aktiviti pelajar dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebagai pengesahan.