Permohonan Pelekat Kenderaan UPSI
“kebenaran bertulis bagi menyimpan, memiliki atau menggunakan kenderaan motor di dalam kampus(perkara 4 Peraturan Lalulintas Universiti Pendidikan Sultan Idris 2012) iaitu dengan memiliki pelekat kenderaan universiti dan mempamerkan kebenaran Universiti bagi menyimpan, memiliki atau menggunakan apa-apa kenderaan motor di dalam kampus”
Pelekat kenderaan adalah sebagai kebenaran akses masuk keluar kampus dan kebenaran meletakkan kenderaan dalam kawasan kampus.
Pendaftaran kenderaan dan permohonan pelekat kenderaan adalah melalui portal UPSI. Sila rujuk manual pengguna pendaftaran kenderaan dan syarat permohonan pelekat kenderaan mengikut kategori
Sila bawa borang permohonan yang telah dicetak dan dokumen sokongan yang diperlukan . Maklumat urusan penjualan pelekat kenderaan adalah seperti berikut:-
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.15am – 1.00pm & 2.00pm 4.45pm(Isnin hingga Khamis)
: 8.15am – 12.15pm & 3.00pm – 4.45pm (Jumaat)
Tempat : Pejabat Keselamatan, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (Pintu Timur) Pejabat Keselamatan, Kampus Sultan Azlan Shah (di hadapan Dewan Kuliah Pusat)
Harga : RM5.00.seunit
Kerjasama dan perhatian pihak Y. Bhg. Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan ke atas perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


