Perutusan Ketua Pegawai Keselamatan

Selamat datang diucapkan buat pelawat-pelawat laman web Bahagian Keselamatan UPSI.Saya berharap agar laman web ini dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut berkaitan peranan dan aktiviti Bahagian Keselamatan serta menjadikan ia sebagai sumber rujukan utama untuk maklumat yang diperlukan.Laman Web Jabatan Keselamatan dibangunkan sebagai satu pendekatan/perantara komunikasi yang lebih berkesan dan pantas antara Bahagian Keselamatan dengan warga UPSI.

Semoga dengan adanya laman web ini, semua warga UPSI akan dapat mengikuti segala perkembangan Bahagian Keselamatan dan dalam masa yang sama menggunakannya sebagai satu saluran yang lebih pantas untuk memberikan pandangan, cadangan dan maklumat secara terus dan tulus berkaitan hal-hal keselamatan.Saya berharap agar laman web ini dapat membantu anda mengetahui lebih lanjut berkaitan peranan dan aktiviti Bahagian Keselamatan serta menjadikan ia sebagai sumber rujukan utama untuk maklumat yang diperlukan.

Penyaluran maklumat ini diharapkan akan lebih memberi manfaat dalam usaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan secara terus kepada warga UPSI. Justeru, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumat dari seluruh warga UPSI agar kita sama-sama dapat memelihara keselamatan dan kesejahteraan kampus UPSI yang tercinta.

Pada kesempatan ini saya ingin memohon kerjasama dari semua warga kampus UPSI untuk sama-sama berusaha meningkatkan aspek keselamatan kerana tiada sesiapa lebih arif dalam menjaga diri dan harta benda melainkan diri kita sendiri.Semoga kita semua dapat bekerja sebagai sebuah pasukan untuk melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan agar kita sama-sama mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada ALLAH SWT.  Salam Mesra dan Terima Kasih.

Mohd Fairuz bin Mislan

Pegawai Keselamatan Kanan, Universiti Pendidikan Sultan Idris